Sekolah Rendah Agama At-Taqwa
PENGUMUMAN

Lawatan Rasmi Ketua Sektor
Adalah dimaklumkan bahawa pada 9 Julai 2012 Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Pahang akan mengadakan lawatan ke SRA At-Taqwa.
Semoga dengan kehadiran beliau, kita sama-sama dapat menimba ilmu dan menambahkan kekuatan ukhwah sesama muslim.
Sekian.
Info Attaqwa
Sekolah Rendah Agama At-Taqwa telah diasaskan oleh Encik Mohd Khairudin bin Yaakob pada 3 Januari 1996. Sekolah ini pada asalnya hanya mempunyai 3 orang murid sahaja pada tahun tersebut dengan jumlah gurunya hanya 2 orang sahaja. Sekolah ini pada mulanya menumpang bangunan Pasti Al Marjan, Kampung Paya Kechik, Temerloh.
Pada tahun 2001, sekolah ini telah berpindah ke tapak baru yang telah diwakafkan oleh Almarhum Tuan Haji Alias juga di Kampung Paya Kechik. Bangunan yang dibina pada masa itu adalah hasil daripada derma orang ramai dan pihak korporat dalam menjayakan sebuah sekolah agama rendah di Temerloh.
Seterusnya, pada tahun 2006, pengasas sekolah, Encik Mohd Khairudin bin Yaakob telah terpanggil untuk mendaftarkan sekolah di dalam projek SABK Kementerian Pelajaran Malaysia. Kini (mengikut data murid 2012) sekolah ini telah mempunyai 259 orang murid dan sering menjadi pilihan utama dalam menempatkan anak-anak oleh para ibu dan bapa.
Semua guru juga telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing di Institusi-Institusi Perdidikan Guru dalam Malaysia. Semoga sekolah ini dan warganya terus mencipta kecemerlangan dan kegemilangan demi agama, bangsa dan negara.





